“Terima Kasih, Kerana Mengajar Aku Luka”
Pernah aku percaya,
kata-kata manis yang kau reka.
“Dia cuma kawan” — katanya,
rupanya skrip awal sebuah dusta.
Aku diam bukan tak tahu,
tapi aku tunggu,
aku beri ruang,
supaya kau sendiri tunjuk siapa kau.
Dan bila akhirnya kau bersanding,
dengan dia yang kau sembunyi,
aku tak marah.
Kerana Tuhan bukan buta,
dan aku bukan bodoh selamanya.
Hari ini, aku tak balas dengan dendam,
aku balas dengan diam,
sebab hati yang pernah ikhlas,
tak perlu berdendam untuk menang.
Terima kasih,
sebab aku tak rugi kehilanganmu,
aku cuma selamat —
dari lelaki yang tak jujur,

- lelaki.penipu
No comments:
Post a Comment